Thursday, 20 March 2014

INSTEDT - sesi Mei/Jun 2014

.Assalamualaikum..

Kepada adik2 lepasan SPM yg sedang mencari kolej yg sesuai utk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma, INSTEDT Bandar Penawar menawarkan program-program menarik utk diikuti..

-Diploma Kejururawatan
-Diploma Grafik Media Digital
-Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang
-Diploma Pengajian Islam
-Diploma Pengurusan Pelancongan
-Diploma Pengurusan Perhotelan
-Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat
-Diploma Pengajian Sukan
-Diploma Teknologi Maklumat
-Diploma Pengurusan Perniagaan
-Diploma Perakaunan
-Diploma Perbankan & Kewangan Islam
-Diploma Kesetiausahaan Kesihatan

Hubungi 017-7775059 (zakiah) utk info lanjut..!

Friday, 7 March 2014

Annual Dinner opis aku

Assalamualaikum..

Malam tadi majlis Annual Dinner syarikat tempat aku kerja..Lokasi dibuat di Lotus Desaru Resort dengan tema bollywood..baru malam semalam aku dan suami ada kesempatan mencari pakaian yang sesuai mengikut tema..dengan saiz badan kitorang ni, memang agak sukar la mencari pakaian yang berkenan dengan harga yang murah..huhu..yang penting harga mesti murah sebab nak pakai sekali ni je kot..

Disebabkan masa yang limited, so we all grab je la apa yang ada..lepas shopping kena bergegas ke kedai makan kami di Taman Daya..alhamdulillah kedai dah semakin baik dan jumlah satisfied customer pun makin bertambah..sesuatu yang aku sangat syukuri sebab untuk give up dalam perniagaan yang kami usahakan lebih 2 tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah buat kami..

Balik pada cerita Annual Dinner, ini first time majlis dibuat pada hari jumaat..maknanya, keesokan harinya adalah hari kerja..selalunya buat pada sabtu tapi mungkin big boss ada susunan jadual yang sangat padat jadinya terpaksalah majlis dijalankan pada hari biasa..aku ok je sebab bukanlah nak kena prepare tiga empat jam untuk make up ke apa kan..

Aku rasa majlis ni sama je macam tahun-tahun sudah..nothing yang macam, wah!..sama je..ucapan bos yang panjang..makan-makan, karaoke, games menari nari dimana aku dan suami mesti kena punye..cumanya ada beberapa perkara baru yang berlaku berkaitan dengan diri aku..pertamanya ini kali pertama aku pakai baju yang betul-betul mengikut tema..kedua, aku dan suami menang tempat pertama game menari bollywood..huhu apakah..?

Dan yang paling tak boleh blah tu..I hd be choosen as one of the best employee!!

Sebenarnya dah lebih 8 tahun aku kerja kat sini..jangan kata nak dapat anugerah, nak masuk pencalonan pun belum tentu..huhu..bukanlah aku ni teruk sangat ok, but bebanan kerja aku memang always overload sampaikan nak complete all the task perfectly macam impossible pula..serius..sebab aku ni jarang la nak mengadu ngan bos tentang kerja aku so I keep doing my job sebaik yang aku mampu walaupun bebanan tu makin lama makin menghimpit emosi aku sampai seringkali rasa nak resign!

So now is my time to get the reward..ramai yang ucapkan tahniah dengan senyuman seribu erti..aku? gembira ke? haha..honestly aku tak la gembira sangat tapi bukan la aku nak berlagak..u know..dah 8 tahun weyh aku kerja..aku mengekalkan cara kerja yang sama dimana kerja aku selalu menjadi priority aku berbanding life aku sendiri..dan setiap tahun aku merasa pelik melihat orang-orang yang menerima anugerah tu dimana aku rasa la aku buat kerja lagi banyak dari diaorang kot..huhu..tapi aku ni memang langsung tak reti nak tonjolkan diri kat bos yang aku dah buat itu dah buat ini..so aku akhirnya dah terbiasa untuk tidak dihargai..lebih kurang camtu la..

Bagi aku reward adalah untuk orang lain..bukan aku..so setiap kali annual dinner, aku memang tak pernah aim to get something..even the jack pot prize becoz i am kind of person yang tak bertuah haha..

so now with this reward, rasa macam bebanan pula..malu la lepas ni kalau datang kerja lambat or balik kerja awal (balik kerja sharp pukul 5 adalah dikira balik kerja awal bagi kitorang)..so I need to improve on my attendance, quality of reports, respond on meeting etc etc..pendek kata kena la jadi orang yang boleh dicontohi barulah tak malu dapat anugerah ni hihi..

Anyway, Alhamdulillah..macam manapun kena la bersyukur dengan rezeki ni..selain plug, ada hadiah cash juga..bolehlah nak shopping-shopping sikit hihi..at least I know yang my boss pun nampak la all my hard work so far..tak kesah la atas apa yang they all nilai aku berbanding orang lain, yang pasti rezeki tu memang rahsia Allah..Alhamdulillah syukur..moga rezeki ini diberkati..Amin..

Wassalam..

Thanks for reading my writing..

Monday, 3 March 2014

Tekanan Emosi

Assalamualaikum..

Baru-baru ini aku mengalami tekanan emosi yg melampau..sebagai seorang yang mempunyai kerjaya profesional, tekanan memang menjadi permainan aku sejak dulu lagi tapi tekanan emosi yang aku alami kali ini begitu serius dan membimbangkan..keadaan dimana otak aku menjadi tepu dan langsung tidak boleh menyerap sebarang kata-kata atau pendapat yang positif (samada dari orang lain atau diri sendiri) menjadikan aku sangat fragile ibarat telur yang berada di hujung tanduk hanya menunggu saat untuk jatuh pecah dan berderai..begitulah aku kala itu..

Mengapakah semua ini boleh berlaku?

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan aku yang begitu menyedihkan..aku ibarat seorang pejuang yang tak mampu lagi berjuang di medan perang tapi terpaksa menghabiskan sisa peperangan sebab tak boleh lari dari medan bertempur..jadi aku hanya menghayun pedang setakat untuk menyampaikan ke garis penamat dan tidak mengendahkan pun lagi musuh-musuh di sekeliling..

Syukurlah keadaan itu sudah berlalu dan sekarang aku sudah kembali normal..cara aku untuk mengeluarkan diri dari kemelut emosi yang aku alami ialah dengan meluahkan semua ketidakpuasan hatiku kepada seseorang yang bukan setakat good listener, tapi mestilah seorang very supportive terhadap semua yang aku luahkan..tak membangkang dan mengiyakan semua yang aku cakap..untunglah aku ada orang macam tu dalam hidup aku..so now i am ok..

Wassalam..

Thanks for reading my writing.

Monday, 24 February 2014

Cerita Misteri Aku dan Aniq

Assalamualaikum..

Malam tadi aku menonton cerita Janin Emas lakonan Erin Malik dan Putri Balqis..pelakon lelaki aku tak ingat pula namanya..dah lama aku tak tengok cerita hantu jadinya aku memang takut walaupun aku tengok sambil tutup muka..

Kemudian aku teringat yang aku juga pernah mengalami kejadian misteri dengan anakku Aniq..Kejadian ini berlaku pada 8 November 2013 ketika Aniq belum sampai 2 bulan..masa tu aku masih cuti berpantang lagi..

Pagi tu aku dan suami bawa Aniq balik rumah Bandar Penawar..Dah lama aku tak balik rumah ni sejak berpantang..Dalam rumah ni yang ada cuma ayah mertuaku dan orang gaji sahaja..Hajat hati nak singgah kejap sampai tengahari sebab suami nak mengajak aku keluar ke johor bahru pada sebelah petang..Aku masih bercuti dan hanya suamiku yang ke pejabat..Ini adalah kali pertama Aniq datang ke rumah Bandar Penawar..

Masa mula-mula masuk rumah, Aniq ok je..baring-baring kat katil kat dalam bilik pun (dah lama aku tak tidur dalam bilik ni) ok je cuma dia tak nak tidur (biasanya masa ni dia dah tidur)..disebabkan Aniq belum mandi, so aku mandikan dia dalam pukul 10.30 pagi gitu..aku tinggalkan dia kat katil dalam beberapa saat sebab pergi ke dapur..aku minta maid masuk bilik tengokkan Aniq kejap..then aku pun masuk bilik dan bawa Aniq mandi kat sink dapur dengan air suam..

Kemudian aku bawa Aniq masuk bilik semula lepas siap mandikan dia..bila baringkan dia dan nak siapkan dia berpakaian seperti biasa, tiba-tiba Aniq menangis bukan main kuat lagi sampai terkejut aku..kuat sangat macam bayi tercucuk jarum yang sangat menyakitkan..aniq masa tu adalah bayi yang jarang sangat menangis..Dia tak pernah nangis kuat macam tu kecuali masa dia baru lahir sahaja..jadi cara dia menangis tu memang mengejutkan aku sangat-sangat..memamg takde dia menangis macam tu sekali even masa dia kena injection kat klinik haritu pun dia nangis dua saat je pastu ok..

Puas la aku pujuk dia dan belek-belek badan dia kot ada yang sakit, tapi takde la pula..aniq terus menangis dan makin kuat sampai habis suara dia dan terkencing pulak..kelam kabut aku bersihkan kencing dia sebab masa tu aku belum sempat pakaikan pampers dia lagi..tapi nasib baik ada alas getah..

Lepas tu baru aku terfikir yang mungkin dia nampak sesuatu yang kita tak nampak..atau ada 'benda' kacau dia..you know..something that we cant see but baby can..so aku baca ayat kursi kuat-kuat sambil pakaikan dia bedak, lotion semua tapi dia still menangis..lepas dah baca ayat kursi yang keberapa kali entah, aku terfikir untuk tiup ubun-ubun dua, so aku pun tiup ubun-ubun dia beberapa kali..serta merta dia senyap..serta merta? leganya aku tapi sebentar cuma..lepas beberapa minit dia menangis balik dengan kuatnya..

Panik lagi sebab belum siap pakaikan baju dia..aku pun baca ayat kursi banyak-banyak lagi (itu je la ayat yang aku ingat), tiup kepala badan dia semua tapi tak berhasil..dalam pada sibuk tu, sempat tangan aku mencapai telefon dan mendail nombor suamiku yang berada di pejabat..aku pasang loud speaker dan letak telefon kat katil sebab dua tangan aku memegang Aniq yang menangis..aku cakap, "abang cepat balik aniq nangis teruk ni"..rupanya aku tak tau yang calling tu masuk voice mail sebab suamiku tak pick up that call..aku pulak langsung tak tengok telefon lepas tu..

Dalam pada kelam kabut tu siap jugak aku pakaikan baju Aniq..aku terus dokong dia and keep baca ayat kursi dengan suara yang kuat (sebab nak lawan kuatnya suara Aniq) tapi dia tetap menangis juga..

Tiba-tiba dengan tak semena-mena mulut aku mengeluarkan perkataan ni..KELUAR! JGN GANGGU ANAK AKU! JGN GANGGU ANAK AKU! aku ucapkan perkataan ni dengan agak tegas tapi tak la kuat sangat sebab tiba-tiba rasa macam seram pula seperti berada dalam cerita hantu..Tak terduga, dgn izinNya beberapa minit lepas tu (dalam pada tu tetap terus baca ayat kursi), Aniq berhenti menangis dan terus tertidur..serius..dia tidur lena dalam dakapan aku macam tiada apa berlaku..bila aku tengok muka dia, nampak mata dia bengkak sikit dan banyak air mata..

Lepas tu aku macam tergamam sekejap..aku tak tau nak buat apa..then ada call masuk..suamiku call dan bertanya kenapa aku call dia..aku pun terangkan apa yang berlaku secara ringkas..suamiku kata takpe dia balik sekarang..

Sementara menunggu suamiku sampai, aku menelefon emak ceritakan perkara tersebut..mak marah sebab aku tak ikut petua dia dan tak amalkan ayat-ayat yang dia suruh baca.. (banyak juga bebelan emak tapi aku tak ingat sangat)..kemudian mak suruh aku kunyah herba yang dalam bungkusan yang kubawa setiap kali kemana-mana dengan Aniq dan sapukan herba tersebut kat badan dan sendi-sendi Aniq..

Dipendekkan cerita lepas tu Aniq dah tak menangis lagi..even bila baba dia sampai, dia dah terjaga dari tidur dan boleh pula senyum-senyum ngan baba dia macam peristiwa tadi tak berlaku pun..pelik betul..kemudian aku terus kemas barang-barang dan keluar dari rumah..

Pengalaman ni agak misteri la bagi aku yang tak pernah berhadapan dengan perkara macam ni..Kejadian tersebut masih segar dalam ingatan aku sampai sekarang..suara aniq menangis kebetulan ada terakam dalam telefon suami aku secara tak sengaja sebab calling tu masuk voice message..so dapat la aku perdengarkan kepada mak abah aku untuk mengesahkan yang Aniq menangis begitu teruk..

Wallahualam..

Thanks for reading my writing..

Wednesday, 19 February 2014

Aku dan Audit

Dah beberapa minggu aku stay back kat pejabat sampai lewat malam..lewat malam tu sampai pukul 12 malam dan kadang-kadang sampai pukul 1 pagi..aku bukan suka sangat bertapa kat pejabat tu macam dah tiada kehidupan lain yang nak ditengok, tapi aku terpaksa melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pekerja untuk menyiapkan kerja-kerja yang diperlukan..

Penat dan letih usah dikira..hanya tinggal semangat juang yang tinggi untuk menyudahkan kerja-kerja tersebut ditemani kawan-kawan pejabat aku yang lain..kadang kala kalau diorang tak dapat nak stay, maka aku sorang-sorang je stay kat office tu sampai jauh malam..takut? maunya tidak..tapi ku beranikan diri jua sebab aku dah tak tertahan nak melayan pertanyaan bos yang suruh siapkan kerja-kerja tu seberapa segera..

Aku bukanlah nak mengeluh..cuma bercerita sahaja..alhamdulillah persekitaran aku banyak membantu aku dalam misi ini..suami banyak memberi sokongan..anak selamat dengan atok dia kat rumah kampung..penat juga la ulang alik setiap hari..jarak lebih kurang setengah jam perjalanan..boleh je kalau aku nak tidur kat rumah sewa yang jaraknya lima minit dari office tapi tak sampai hati pula nak tinggalkan si aniq yang manja tu tak berjenguk..

Walaupun letih dengan hidup macam ni tapi alhamdulillah aku tak jatuh sakit..kalau selalunya aku ambil supplement Double Stemcell tu satu sachet je sehari tapi sekarang aku ambil dua ke tiga sachet sehari..jadinya dapatlah badan dan mata aku bertahan untuk terus fokus walaupun kurang rehat..harapan aku adalah nak siapkan semua kerja-kerja tu dalam seminggu dua ni supaya aku boleh jalani kehidupan normal seperti biasa..tak sabar nak spend time kat rumah sebab aku nak ajar aniq alif ba ta..hihi..Chaiyo aku!

Wassalam..

Thanks for reading my writing..

Sunday, 16 February 2014

Aku dan Kerja

Assalamualaikum..

Sejak Disember 2013, aku telah memulakan langkah baru dalam hidup aku dengan menjoin bisness online secara serius..Dalam pada hidup yang sentiasa sibuk, bergelumang dengan kerja-kerja pejabat yang tak reti nak surut, berkejar pula ke kedai makan di Taman Daya untuk kedai makan aku dan suami sampai lewat malam baru balik, susun masa untuk menguruskan mesin dobi di asrama instedt seminggu sekali, dan lain-lain tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, kakak, adik dan kawan.. masih ada lagi ke masa terluang untuk aku menceburkan diri ini dalam satu lagi bisnes yang modalnya bukan kecil ??

Kalau difikirkan secara kasar, memang cari padah la namanya.. Tapi itulah namanya usaha..USAHA TANGGA KEJAYAAN! ye..itulah motto baru aku sempena 2014 ni..motto yang merubah misi dan visi hidup aku secara total..itupun aku rembat dari kata-kata best friend aku si Ila tu..recently she become sooo positive person..she is not the same person that I knew one year backwards..ops..same person but with different thought..very very different!

Bisnes terbaru aku kala ini adalah menjadi stokis secara online untuk produk kesihatan keluaran syarikat Phytoscience..produk yang dimaksudkan adalah Double Stemcell dan Triple Stemcell..segala kebaikan produk dengan testimoni-testimoni yang berlambak-lambak telah kusumbatkan dalam ig aku @doublestemcellstokis, so tak payah kot aku nak membebel perkara yang sama kat sini juga..apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah kebaikan berbisnes itu sendiri..

Sebenarnya banyak sangat bisnes online kalau kita go through instagram atau media sosial yang lain..dari produk kesihatan, produk kecantikan, baju, seluar, tudung, kasut, makanan, minuman, sampaila ke gajet, aksesori dan entah la macam-macam lagi u just name it..semuanya di hujung jari..asalkan ada duit kat bank, ko order je la sambil baring-baring menonton Ariana Rose lepas balik kerja, then sehari dua sampai la barang tu di pintu rumah dengan senyuman abang posto..menarik kan..

Memang menarik kot..tapi itu untuk orang yang ada duit..habis tu yang tak berapa berduit tu ko ingat menarik ke nak tengok benda tu semua..buat sakit hati dan menyemak wall je tahu!

Ye..itu la kuasa duit..dunia sekarang memang fana..segala-gala memerlukan duit..eh tapi kena ingat juga bahawa duit bukanlah segala-galanya walaupun segalanya memerlukan duit..takut pula lupa Tuhan kot asik ingat duit je..tapi memang la weyh..menjadi orang berduit dalam era nak ke 2020 ni memang satu keperluan..bukan setakat kehendak je..ko tak takut dengan kenaikan harga barang itu barang ini sejak akhir-akhir ni..nilai rm100 kalau pergi mall, apa je barang yang dapat dibeli? takut kan..

Habis tu ko nak takut je pastu duduk diam tak buat apa-apa..Haish..mesti la berbuat sesuatu supaya tidak ketinggalan dengan arus kehidupan yang tak pernah mengenal kasihan..eh betul ke? huhu..

Ada banyak sebab kenapa aku dan suami menceburi beberapa jenis perniagaan di samping pekerjaan tetap kitorang..sesetengah orang mungkin memandang serong melihat kami bagaikan orang tamakkan harta yang tak mengenal erti siang malam asik kerja kerja kerja..tak cukup ke gaji sampai nak kerja sampai tak ingat anak di rumah..haish..

Tak mengapalah..Sikit masa lagi aku akan ceritakan kenapa kami sanggup korbankan masa rehat kami untuk meneguhkan bisnes-bisnes kami..cuma, apa yang aku nak tekankan disini adalah, menjadi orang yang berduit tu banyak sangat kelebihannya..dapatlah hulur kepada ibu bapa dan adik beradik tanpa fikir panjang, atau pinjamkan kepada kawan-kawan yang memerlukan, atau melabur dalam ASB rm100k++ dan sebagainya..setiap orang mungkin mempunyai persepsi sendiri tentang hidup mereka..tapi tak semua orang bernasib baik mendapat pekerjaan dengan gaji rm10k ke atas..so kalau tak dapat tu, usahakanlah cara lain..terpulang pada masing-masing..

yang aku tau pasti adalah, kerja itu ibadah..jadi selagi kita menjaga tanggungjawab sebagai seorang Islam, maka kita pun akan dapat pahala walaupun hidup dengan kerja kerja kerja..kan...huhu..sekian..

Thanks for reading my writing.

Friday, 7 February 2014

JDT dan SHIRO kalah!

Assalamualaikum..

Sesungguhnya aku benci dengan perasaan tak dapat apa yang aku nak..Tapi ini bukanlah merujuk kepada apa yang aku nak dalam hidup, tapi lebih kepada apa yang aku sokong..

Malam ini adalah final Maharaja Lawak Mega 2013..Walaupun aku bukanlah pengikut setia rancangan ni, tapi disebabkan orang-orang di sekeliling aku kebanyakannya menonton rancangan ni dengan serius, maka aku pun tengoklah juga..

Masalah aku dewasa ini apabila menonton rancangan tv adalah, aku seringkali tertidur ketika rancangan berlangsung dan kemudian terjaga sejurus selepas rancangan habis..Dan bila aku terjaga je, timbullah rasa kesal dalam diri ini tentang kenapa aku seorang saja yang tertidur..huhu..Tapi tertidur bukanlah masalah besar pun sebab astro menyediakan banyak siaran ulangan..Jadi aku masih boleh mengikuti setiap episod walaupun terlambat..

Entah kenapa aku membicarakan perkara-perkara yang tidak penting dengan panjang lebar entahlah..Walhal perkara yang aku ingin utarakan pada asalnya adalah perasaan kecewa aku kerana group yang aku sokong tak dapat jadi juara..Geram sangat ok! Perasaan geram dan kecewa itu sudahlah telah ada sebelum itu lagi sebab sebelum menonton MLM sempat juga menonton game JDT vs Pahang dimana JDT mengalami kekalahan pada minit terakhir..SAKIT HATI !

Berbalik kepada kisah MLM tadi, kenapa SHIRO tak jadi juara dan kenapa SEPAHTU yang jadi juara..? Aku bukanlah nak sokong membuta tuli tapi persembahan Sepahtu nowadays tak sehebat mana pun berbanding Shiro dan Bocey..Aku rasa undian memang tak adil..Tapi nak buat macam mana kalau dah ramai yang mengundi bukan sebab persembahan tapi sebab memang peminat dari awal..Tensi kan..

Bercakap pasal adil ni..Memang dunia sekarang ni banyak je perkara yang tak adil..Contoh terdekat adalah kat tempat kerja aku dimana aku yang dilambakkan dengan kerja yang tak pernah habis tu, dapat gaji lebih sikit berbanding sesetengah orang lain yang buat kerja tak seberapa..Kadang-kadang aku pun merasa hairan adakah majikan aku tak nampak semua tu, atau pura-pura tak nampak atau tak peduli pun..Aku berpendapat bahawa bersikap adil bagi seorang majikan itu adalah WAJIB sebab jika kita berlaku tidak adil, maka kita telah menganiaya orang lain..Bukankah nanti akan dipersoalkan di akhirat..

Haish..malas la aku nak membebel pasal ni..Perkara ni sangat sensitif untuk dibicarakan sebab ia merujuk kepada keikhlasan pula..Kalau kerap sangat tak puas hati dengan apa yang diperoleh, kelak akan merosakkan pahala ibadah yang kita terima pula..Ye la..kerja kan ibadah..Kalau tak ikhlas bagaimana nak dapat pahala dan kebaikan-kebaikan lain yang Allah janjikan..So stop the topic..

Berkenaan JDT dan SHIRO yang tewas malam ini, memang mengecewakan lubuk hatiku..Di saat aku sedang tension dengan kerja-kerja di pejabat, ingatkan dapatlah menenangkan perasaan dengan menonton rancangan yang digemari tapi makin tension pula dibuatnya bila yang disokong tu kalah..haha..Lebih baik bersikap terbuka dan terima apa saja..That all..

Thanks for reading my writing....

Tuesday, 14 January 2014

Aku menjahit!

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama, aku menjahit lagi..aku dipaksa oleh suamiku untuk menjahit skirting kedai..oh..dah lama sangat aku tak menjahit..lebih tiga empat bulan..bila dah lama tak menjahit, skill menjahit akan pudar walaupun menjahit guna mesin pun..

Oleh kerana desakan suamiku yang tak putus-putus, akhirnya berjaya juga aku menyiapkan skirting yang diingini tu..walaupun mutu jahitan  dah sah-sah kelaut, diringi dengan cabaran sebab jarum patah beberapa kali..tapi lipatan skirting nampaknye agak kemas dan tidaklah memalukan sangat..

Aku kemudian mendapati diri aku memerlukan desakan yang kuat barulah aku boleh bergerak pantas..kalau tak, asik nak bertangguh saja..terima kasih kepada sang suami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada aku..

Monday, 6 January 2014

Muhammad Aniq Zarif

Assalamualaikum.. 

Muhammad Aniq Zarif adalah anugerah untukku..saat aku tahu dia dalam kandunganku, tiada lagi yang lebih indah..walaupun setelah ujian kehamilan yang dibuat sendiri memberi keputusan positif, aku masih tidak berani untuk terlalu berharap..kerana pengalaman keguguran yang ku alami pada tahun 2012 masih memberi kesan ke atas emosiku..jadinya, aku mengambil sikap bersahaja dan hanya membuat pemeriksaan kehamilan rasmi di klinik kerajaan pada usia kandunganku mencapai 3 bulan.. 



Alhamdulillah..dia memang untukku..sejak dari dalam kandungan, dia tidak memberi masalah besar kepadaku..tiada alahan yang serius, tiada muntah-muntah atau loya seperti sesetengah orang..aku menjalani hidup seperti biasa, cuma kadang-kadang saja mengalami keletihan yang berlebihan..dan rutin pemeriksaan di klinik kerajaan juga kadang-kadang menganggu jadual kerjaku..tetapi semuanya berjalan dengan baik.. 

Paling menyeronokkan ketika mengandung adalah, ramai yang memanjakanku..tak perlu buat kerja itu ini, perlu banyak berehat, boleh minta untuk makan apa saja (yang boleh)..aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel 'Laksamana Sunan'..banyak unsur menarik dan positif dalam novel karangan Ramli Awang Muryid tersebut..moga-moga akan memberi impak positif kepada anakku suatu hari nanti.. 

Bulan-bulan awal kehamilan, aku rajin memasak..adalah juga beberapa jenis masakan yang ku cuba masak..not so heavy pun..resepi simple-simple je yang ku cari dari internet atau dari kawan baikku Ila yang saban hari rajin melayani sms ku..antara yang ku masak adalah bubur merah, bubur kacang hijau, ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam masak kari, daging kicap dan menu sarapan pagi seperti nasi goreng dan mee..hihi..simple sangat kan..sebab aku bukanlah isteri yang memasak di rumah..jarang sangat ada peluang untuk memasak kerana kesibukan kerja plus aku sendiri memang tak rajin memasak..untung saja suamiku sangat bertoleransi akan hal ini..hihi.. 



Pertengahan kehamilan, aku dah malas ke dapur..bila aku tak mengikut suamiku ke kedai pada sebelah malam, aku cuma goreng telur kicap dan makan dengan nasi panas..aku suka sangat lauk tu masa tu..senang sangat nak buat, lebih cepat dari masak megi!..hee..masa tu, hobiku yang baru adalah menjahit..ya..aku berjaya menjahit beberapa helai pakaian yang ku pakai sendiri.. memandangkan perut ku semakin membesar, dan pakaian yang ada sudah tidak sesuai, aku mengalami masalah tiada pakaian untuk ke tempat kerja..jadi suamiku telah membelikan aku mesin jahit dan buku belajar menjahit baju kurung..alhamdulillah, dapatlah aku menjahit sendiri beberapa helai baju kurung..walaupun hasilnya tidak sekemas mana, tapi jadilah untuk pakai sendiri.. 
 



Dalam pada sibuk dengan urusan kerja, aku masih sempat menjahit langsir sebelum hari raya Aidilfitri pada bulan Ogos..tapi, takde design pun..cuma jahit tegak je..huhu..itupun dah dekat nak raya baru aku menjahitnya.. masa bulan puasa aku banyak ikut suamiku ke kedai sebab tak sanggup rasanya nak berbuka puasa seorang diri kat rumah ditemani pembantu rumah..hrmm..aku tinggal puasa dalam 5 hari atas alasan menjaga kesihatan kandungan..jujurnya, memang aku tidak memaksa diri untuk berpuasa jika aku rasa agak lemah untuk meneruskan puasa pada hari tersebut.. 

Aku membeli beberapa helai baju raya saiz XXL..memang cantik-cantik baju rayaku tahun tu tapi malangnya aku dah tak boleh pakainya sekarang sebab saiznya begitu besar..hihi..terima kasih kepada suami yang setia melayani karenahku mencari-cari baju yang sesuai di banyak tempat hinggalah aku jumpa kedai baju 'Peace Collection' kat kota tinggi..ada banyak baju saiz besar kat situ..so aku beli semua baju raya kat situ aje.. 

Jadi semuanya selesai..tinggal menunggu hari untuk bersalin dan bulan terakhir adalah bulan yang paling mencabar bagiku kerana aku mula mengalami alahan yang teruk..habis badan ku gatal-gatal dan ruam yang sangat teruk di bahagian kaki dan perut terutamanya..banyak kali ke klinik mengambil ubat termasuklah ke klinik pakar kulit, tiada yang dapat menghilangkan rasa kegatalan yang kualami..cuma dapat mengurangkan saja..dan keadaan ini berlarutan hinggalah saat aku bersalin..tapi alhamdulillah selain masalah gatal-gatal, pengalaman kehamilan aku sangat mudah dan nenyeronokkan..Alhamdulillah.. 

 Wassalam.. 

 Thank you for reading my writing.

Saturday, 4 January 2014

Year 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah..aku menulis lagi..cepat betul masa berlalu..sedar-sedar dah masuk tahun 2014..bertambah lagi usiaku..tahun 2013 banyak memberi kenangan pahit manis bagiku dan orang-orang di sekelilingku..

Paling bermakna pada tahun 2013 adalah aku mengalami pengalaman yang paling diingini oleh setiap isteri..iaitu mengandung dan melahirkan anak..now aku adalah seorang ibu kepada seorang anak lelaki yg comel..Muhammad Aniq Zarif..

Sesungguhnya aku sangat bersyukur atas kurniaan ini..doaku setiap hari adalah supaya aku mampu mendidik anak ini menjadi khalifah yang terpuji..InshaAllah..

Wassalam..


Thank you for reading this entry.