Tuesday 14 January 2014

Aku menjahit!

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama, aku menjahit lagi..aku dipaksa oleh suamiku untuk menjahit skirting kedai..oh..dah lama sangat aku tak menjahit..lebih tiga empat bulan..bila dah lama tak menjahit, skill menjahit akan pudar walaupun menjahit guna mesin pun..

Oleh kerana desakan suamiku yang tak putus-putus, akhirnya berjaya juga aku menyiapkan skirting yang diingini tu..walaupun mutu jahitan  dah sah-sah kelaut, diringi dengan cabaran sebab jarum patah beberapa kali..tapi lipatan skirting nampaknye agak kemas dan tidaklah memalukan sangat..

Aku kemudian mendapati diri aku memerlukan desakan yang kuat barulah aku boleh bergerak pantas..kalau tak, asik nak bertangguh saja..terima kasih kepada sang suami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada aku..

Monday 6 January 2014

Muhammad Aniq Zarif

Assalamualaikum.. 

Muhammad Aniq Zarif adalah anugerah untukku..saat aku tahu dia dalam kandunganku, tiada lagi yang lebih indah..walaupun setelah ujian kehamilan yang dibuat sendiri memberi keputusan positif, aku masih tidak berani untuk terlalu berharap..kerana pengalaman keguguran yang ku alami pada tahun 2012 masih memberi kesan ke atas emosiku..jadinya, aku mengambil sikap bersahaja dan hanya membuat pemeriksaan kehamilan rasmi di klinik kerajaan pada usia kandunganku mencapai 3 bulan.. 



Alhamdulillah..dia memang untukku..sejak dari dalam kandungan, dia tidak memberi masalah besar kepadaku..tiada alahan yang serius, tiada muntah-muntah atau loya seperti sesetengah orang..aku menjalani hidup seperti biasa, cuma kadang-kadang saja mengalami keletihan yang berlebihan..dan rutin pemeriksaan di klinik kerajaan juga kadang-kadang menganggu jadual kerjaku..tetapi semuanya berjalan dengan baik.. 

Paling menyeronokkan ketika mengandung adalah, ramai yang memanjakanku..tak perlu buat kerja itu ini, perlu banyak berehat, boleh minta untuk makan apa saja (yang boleh)..aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel 'Laksamana Sunan'..banyak unsur menarik dan positif dalam novel karangan Ramli Awang Muryid tersebut..moga-moga akan memberi impak positif kepada anakku suatu hari nanti.. 

Bulan-bulan awal kehamilan, aku rajin memasak..adalah juga beberapa jenis masakan yang ku cuba masak..not so heavy pun..resepi simple-simple je yang ku cari dari internet atau dari kawan baikku Ila yang saban hari rajin melayani sms ku..antara yang ku masak adalah bubur merah, bubur kacang hijau, ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam masak kari, daging kicap dan menu sarapan pagi seperti nasi goreng dan mee..hihi..simple sangat kan..sebab aku bukanlah isteri yang memasak di rumah..jarang sangat ada peluang untuk memasak kerana kesibukan kerja plus aku sendiri memang tak rajin memasak..untung saja suamiku sangat bertoleransi akan hal ini..hihi.. 



Pertengahan kehamilan, aku dah malas ke dapur..bila aku tak mengikut suamiku ke kedai pada sebelah malam, aku cuma goreng telur kicap dan makan dengan nasi panas..aku suka sangat lauk tu masa tu..senang sangat nak buat, lebih cepat dari masak megi!..hee..masa tu, hobiku yang baru adalah menjahit..ya..aku berjaya menjahit beberapa helai pakaian yang ku pakai sendiri.. memandangkan perut ku semakin membesar, dan pakaian yang ada sudah tidak sesuai, aku mengalami masalah tiada pakaian untuk ke tempat kerja..jadi suamiku telah membelikan aku mesin jahit dan buku belajar menjahit baju kurung..alhamdulillah, dapatlah aku menjahit sendiri beberapa helai baju kurung..walaupun hasilnya tidak sekemas mana, tapi jadilah untuk pakai sendiri.. 
 



Dalam pada sibuk dengan urusan kerja, aku masih sempat menjahit langsir sebelum hari raya Aidilfitri pada bulan Ogos..tapi, takde design pun..cuma jahit tegak je..huhu..itupun dah dekat nak raya baru aku menjahitnya.. masa bulan puasa aku banyak ikut suamiku ke kedai sebab tak sanggup rasanya nak berbuka puasa seorang diri kat rumah ditemani pembantu rumah..hrmm..aku tinggal puasa dalam 5 hari atas alasan menjaga kesihatan kandungan..jujurnya, memang aku tidak memaksa diri untuk berpuasa jika aku rasa agak lemah untuk meneruskan puasa pada hari tersebut.. 

Aku membeli beberapa helai baju raya saiz XXL..memang cantik-cantik baju rayaku tahun tu tapi malangnya aku dah tak boleh pakainya sekarang sebab saiznya begitu besar..hihi..terima kasih kepada suami yang setia melayani karenahku mencari-cari baju yang sesuai di banyak tempat hinggalah aku jumpa kedai baju 'Peace Collection' kat kota tinggi..ada banyak baju saiz besar kat situ..so aku beli semua baju raya kat situ aje.. 

Jadi semuanya selesai..tinggal menunggu hari untuk bersalin dan bulan terakhir adalah bulan yang paling mencabar bagiku kerana aku mula mengalami alahan yang teruk..habis badan ku gatal-gatal dan ruam yang sangat teruk di bahagian kaki dan perut terutamanya..banyak kali ke klinik mengambil ubat termasuklah ke klinik pakar kulit, tiada yang dapat menghilangkan rasa kegatalan yang kualami..cuma dapat mengurangkan saja..dan keadaan ini berlarutan hinggalah saat aku bersalin..tapi alhamdulillah selain masalah gatal-gatal, pengalaman kehamilan aku sangat mudah dan nenyeronokkan..Alhamdulillah.. 

 Wassalam.. 

 Thank you for reading my writing.

Saturday 4 January 2014

Year 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah..aku menulis lagi..cepat betul masa berlalu..sedar-sedar dah masuk tahun 2014..bertambah lagi usiaku..tahun 2013 banyak memberi kenangan pahit manis bagiku dan orang-orang di sekelilingku..

Paling bermakna pada tahun 2013 adalah aku mengalami pengalaman yang paling diingini oleh setiap isteri..iaitu mengandung dan melahirkan anak..now aku adalah seorang ibu kepada seorang anak lelaki yg comel..Muhammad Aniq Zarif..

Sesungguhnya aku sangat bersyukur atas kurniaan ini..doaku setiap hari adalah supaya aku mampu mendidik anak ini menjadi khalifah yang terpuji..InshaAllah..

Wassalam..


Thank you for reading this entry.