Wednesday 19 February 2014

Aku dan Audit

Dah beberapa minggu aku stay back kat pejabat sampai lewat malam..lewat malam tu sampai pukul 12 malam dan kadang-kadang sampai pukul 1 pagi..aku bukan suka sangat bertapa kat pejabat tu macam dah tiada kehidupan lain yang nak ditengok, tapi aku terpaksa melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pekerja untuk menyiapkan kerja-kerja yang diperlukan..

Penat dan letih usah dikira..hanya tinggal semangat juang yang tinggi untuk menyudahkan kerja-kerja tersebut ditemani kawan-kawan pejabat aku yang lain..kadang kala kalau diorang tak dapat nak stay, maka aku sorang-sorang je stay kat office tu sampai jauh malam..takut? maunya tidak..tapi ku beranikan diri jua sebab aku dah tak tertahan nak melayan pertanyaan bos yang suruh siapkan kerja-kerja tu seberapa segera..

Aku bukanlah nak mengeluh..cuma bercerita sahaja..alhamdulillah persekitaran aku banyak membantu aku dalam misi ini..suami banyak memberi sokongan..anak selamat dengan atok dia kat rumah kampung..penat juga la ulang alik setiap hari..jarak lebih kurang setengah jam perjalanan..boleh je kalau aku nak tidur kat rumah sewa yang jaraknya lima minit dari office tapi tak sampai hati pula nak tinggalkan si aniq yang manja tu tak berjenguk..

Walaupun letih dengan hidup macam ni tapi alhamdulillah aku tak jatuh sakit..kalau selalunya aku ambil supplement Double Stemcell tu satu sachet je sehari tapi sekarang aku ambil dua ke tiga sachet sehari..jadinya dapatlah badan dan mata aku bertahan untuk terus fokus walaupun kurang rehat..harapan aku adalah nak siapkan semua kerja-kerja tu dalam seminggu dua ni supaya aku boleh jalani kehidupan normal seperti biasa..tak sabar nak spend time kat rumah sebab aku nak ajar aniq alif ba ta..hihi..Chaiyo aku!

Wassalam..

Thanks for reading my writing..

No comments:

Post a Comment