Sunday 16 February 2014

Aku dan Kerja

Assalamualaikum..

Sejak Disember 2013, aku telah memulakan langkah baru dalam hidup aku dengan menjoin bisness online secara serius..Dalam pada hidup yang sentiasa sibuk, bergelumang dengan kerja-kerja pejabat yang tak reti nak surut, berkejar pula ke kedai makan di Taman Daya untuk kedai makan aku dan suami sampai lewat malam baru balik, susun masa untuk menguruskan mesin dobi di asrama instedt seminggu sekali, dan lain-lain tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, kakak, adik dan kawan.. masih ada lagi ke masa terluang untuk aku menceburkan diri ini dalam satu lagi bisnes yang modalnya bukan kecil ??

Kalau difikirkan secara kasar, memang cari padah la namanya.. Tapi itulah namanya usaha..USAHA TANGGA KEJAYAAN! ye..itulah motto baru aku sempena 2014 ni..motto yang merubah misi dan visi hidup aku secara total..itupun aku rembat dari kata-kata best friend aku si Ila tu..recently she become sooo positive person..she is not the same person that I knew one year backwards..ops..same person but with different thought..very very different!

Bisnes terbaru aku kala ini adalah menjadi stokis secara online untuk produk kesihatan keluaran syarikat Phytoscience..produk yang dimaksudkan adalah Double Stemcell dan Triple Stemcell..segala kebaikan produk dengan testimoni-testimoni yang berlambak-lambak telah kusumbatkan dalam ig aku @doublestemcellstokis, so tak payah kot aku nak membebel perkara yang sama kat sini juga..apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah kebaikan berbisnes itu sendiri..

Sebenarnya banyak sangat bisnes online kalau kita go through instagram atau media sosial yang lain..dari produk kesihatan, produk kecantikan, baju, seluar, tudung, kasut, makanan, minuman, sampaila ke gajet, aksesori dan entah la macam-macam lagi u just name it..semuanya di hujung jari..asalkan ada duit kat bank, ko order je la sambil baring-baring menonton Ariana Rose lepas balik kerja, then sehari dua sampai la barang tu di pintu rumah dengan senyuman abang posto..menarik kan..

Memang menarik kot..tapi itu untuk orang yang ada duit..habis tu yang tak berapa berduit tu ko ingat menarik ke nak tengok benda tu semua..buat sakit hati dan menyemak wall je tahu!

Ye..itu la kuasa duit..dunia sekarang memang fana..segala-gala memerlukan duit..eh tapi kena ingat juga bahawa duit bukanlah segala-galanya walaupun segalanya memerlukan duit..takut pula lupa Tuhan kot asik ingat duit je..tapi memang la weyh..menjadi orang berduit dalam era nak ke 2020 ni memang satu keperluan..bukan setakat kehendak je..ko tak takut dengan kenaikan harga barang itu barang ini sejak akhir-akhir ni..nilai rm100 kalau pergi mall, apa je barang yang dapat dibeli? takut kan..

Habis tu ko nak takut je pastu duduk diam tak buat apa-apa..Haish..mesti la berbuat sesuatu supaya tidak ketinggalan dengan arus kehidupan yang tak pernah mengenal kasihan..eh betul ke? huhu..

Ada banyak sebab kenapa aku dan suami menceburi beberapa jenis perniagaan di samping pekerjaan tetap kitorang..sesetengah orang mungkin memandang serong melihat kami bagaikan orang tamakkan harta yang tak mengenal erti siang malam asik kerja kerja kerja..tak cukup ke gaji sampai nak kerja sampai tak ingat anak di rumah..haish..

Tak mengapalah..Sikit masa lagi aku akan ceritakan kenapa kami sanggup korbankan masa rehat kami untuk meneguhkan bisnes-bisnes kami..cuma, apa yang aku nak tekankan disini adalah, menjadi orang yang berduit tu banyak sangat kelebihannya..dapatlah hulur kepada ibu bapa dan adik beradik tanpa fikir panjang, atau pinjamkan kepada kawan-kawan yang memerlukan, atau melabur dalam ASB rm100k++ dan sebagainya..setiap orang mungkin mempunyai persepsi sendiri tentang hidup mereka..tapi tak semua orang bernasib baik mendapat pekerjaan dengan gaji rm10k ke atas..so kalau tak dapat tu, usahakanlah cara lain..terpulang pada masing-masing..

yang aku tau pasti adalah, kerja itu ibadah..jadi selagi kita menjaga tanggungjawab sebagai seorang Islam, maka kita pun akan dapat pahala walaupun hidup dengan kerja kerja kerja..kan...huhu..sekian..

Thanks for reading my writing.

No comments:

Post a Comment