Monday 24 February 2014

Cerita Misteri Aku dan Aniq

Assalamualaikum..

Malam tadi aku menonton cerita Janin Emas lakonan Erin Malik dan Putri Balqis..pelakon lelaki aku tak ingat pula namanya..dah lama aku tak tengok cerita hantu jadinya aku memang takut walaupun aku tengok sambil tutup muka..

Kemudian aku teringat yang aku juga pernah mengalami kejadian misteri dengan anakku Aniq..Kejadian ini berlaku pada 8 November 2013 ketika Aniq belum sampai 2 bulan..masa tu aku masih cuti berpantang lagi..

Pagi tu aku dan suami bawa Aniq balik rumah Bandar Penawar..Dah lama aku tak balik rumah ni sejak berpantang..Dalam rumah ni yang ada cuma ayah mertuaku dan orang gaji sahaja..Hajat hati nak singgah kejap sampai tengahari sebab suami nak mengajak aku keluar ke johor bahru pada sebelah petang..Aku masih bercuti dan hanya suamiku yang ke pejabat..Ini adalah kali pertama Aniq datang ke rumah Bandar Penawar..

Masa mula-mula masuk rumah, Aniq ok je..baring-baring kat katil kat dalam bilik pun (dah lama aku tak tidur dalam bilik ni) ok je cuma dia tak nak tidur (biasanya masa ni dia dah tidur)..disebabkan Aniq belum mandi, so aku mandikan dia dalam pukul 10.30 pagi gitu..aku tinggalkan dia kat katil dalam beberapa saat sebab pergi ke dapur..aku minta maid masuk bilik tengokkan Aniq kejap..then aku pun masuk bilik dan bawa Aniq mandi kat sink dapur dengan air suam..

Kemudian aku bawa Aniq masuk bilik semula lepas siap mandikan dia..bila baringkan dia dan nak siapkan dia berpakaian seperti biasa, tiba-tiba Aniq menangis bukan main kuat lagi sampai terkejut aku..kuat sangat macam bayi tercucuk jarum yang sangat menyakitkan..aniq masa tu adalah bayi yang jarang sangat menangis..Dia tak pernah nangis kuat macam tu kecuali masa dia baru lahir sahaja..jadi cara dia menangis tu memang mengejutkan aku sangat-sangat..memamg takde dia menangis macam tu sekali even masa dia kena injection kat klinik haritu pun dia nangis dua saat je pastu ok..

Puas la aku pujuk dia dan belek-belek badan dia kot ada yang sakit, tapi takde la pula..aniq terus menangis dan makin kuat sampai habis suara dia dan terkencing pulak..kelam kabut aku bersihkan kencing dia sebab masa tu aku belum sempat pakaikan pampers dia lagi..tapi nasib baik ada alas getah..

Lepas tu baru aku terfikir yang mungkin dia nampak sesuatu yang kita tak nampak..atau ada 'benda' kacau dia..you know..something that we cant see but baby can..so aku baca ayat kursi kuat-kuat sambil pakaikan dia bedak, lotion semua tapi dia still menangis..lepas dah baca ayat kursi yang keberapa kali entah, aku terfikir untuk tiup ubun-ubun dua, so aku pun tiup ubun-ubun dia beberapa kali..serta merta dia senyap..serta merta? leganya aku tapi sebentar cuma..lepas beberapa minit dia menangis balik dengan kuatnya..

Panik lagi sebab belum siap pakaikan baju dia..aku pun baca ayat kursi banyak-banyak lagi (itu je la ayat yang aku ingat), tiup kepala badan dia semua tapi tak berhasil..dalam pada sibuk tu, sempat tangan aku mencapai telefon dan mendail nombor suamiku yang berada di pejabat..aku pasang loud speaker dan letak telefon kat katil sebab dua tangan aku memegang Aniq yang menangis..aku cakap, "abang cepat balik aniq nangis teruk ni"..rupanya aku tak tau yang calling tu masuk voice mail sebab suamiku tak pick up that call..aku pulak langsung tak tengok telefon lepas tu..

Dalam pada kelam kabut tu siap jugak aku pakaikan baju Aniq..aku terus dokong dia and keep baca ayat kursi dengan suara yang kuat (sebab nak lawan kuatnya suara Aniq) tapi dia tetap menangis juga..

Tiba-tiba dengan tak semena-mena mulut aku mengeluarkan perkataan ni..KELUAR! JGN GANGGU ANAK AKU! JGN GANGGU ANAK AKU! aku ucapkan perkataan ni dengan agak tegas tapi tak la kuat sangat sebab tiba-tiba rasa macam seram pula seperti berada dalam cerita hantu..Tak terduga, dgn izinNya beberapa minit lepas tu (dalam pada tu tetap terus baca ayat kursi), Aniq berhenti menangis dan terus tertidur..serius..dia tidur lena dalam dakapan aku macam tiada apa berlaku..bila aku tengok muka dia, nampak mata dia bengkak sikit dan banyak air mata..

Lepas tu aku macam tergamam sekejap..aku tak tau nak buat apa..then ada call masuk..suamiku call dan bertanya kenapa aku call dia..aku pun terangkan apa yang berlaku secara ringkas..suamiku kata takpe dia balik sekarang..

Sementara menunggu suamiku sampai, aku menelefon emak ceritakan perkara tersebut..mak marah sebab aku tak ikut petua dia dan tak amalkan ayat-ayat yang dia suruh baca.. (banyak juga bebelan emak tapi aku tak ingat sangat)..kemudian mak suruh aku kunyah herba yang dalam bungkusan yang kubawa setiap kali kemana-mana dengan Aniq dan sapukan herba tersebut kat badan dan sendi-sendi Aniq..

Dipendekkan cerita lepas tu Aniq dah tak menangis lagi..even bila baba dia sampai, dia dah terjaga dari tidur dan boleh pula senyum-senyum ngan baba dia macam peristiwa tadi tak berlaku pun..pelik betul..kemudian aku terus kemas barang-barang dan keluar dari rumah..

Pengalaman ni agak misteri la bagi aku yang tak pernah berhadapan dengan perkara macam ni..Kejadian tersebut masih segar dalam ingatan aku sampai sekarang..suara aniq menangis kebetulan ada terakam dalam telefon suami aku secara tak sengaja sebab calling tu masuk voice message..so dapat la aku perdengarkan kepada mak abah aku untuk mengesahkan yang Aniq menangis begitu teruk..

Wallahualam..

Thanks for reading my writing..

No comments:

Post a Comment