Friday 7 February 2014

JDT dan SHIRO kalah!

Assalamualaikum..

Sesungguhnya aku benci dengan perasaan tak dapat apa yang aku nak..Tapi ini bukanlah merujuk kepada apa yang aku nak dalam hidup, tapi lebih kepada apa yang aku sokong..

Malam ini adalah final Maharaja Lawak Mega 2013..Walaupun aku bukanlah pengikut setia rancangan ni, tapi disebabkan orang-orang di sekeliling aku kebanyakannya menonton rancangan ni dengan serius, maka aku pun tengoklah juga..

Masalah aku dewasa ini apabila menonton rancangan tv adalah, aku seringkali tertidur ketika rancangan berlangsung dan kemudian terjaga sejurus selepas rancangan habis..Dan bila aku terjaga je, timbullah rasa kesal dalam diri ini tentang kenapa aku seorang saja yang tertidur..huhu..Tapi tertidur bukanlah masalah besar pun sebab astro menyediakan banyak siaran ulangan..Jadi aku masih boleh mengikuti setiap episod walaupun terlambat..

Entah kenapa aku membicarakan perkara-perkara yang tidak penting dengan panjang lebar entahlah..Walhal perkara yang aku ingin utarakan pada asalnya adalah perasaan kecewa aku kerana group yang aku sokong tak dapat jadi juara..Geram sangat ok! Perasaan geram dan kecewa itu sudahlah telah ada sebelum itu lagi sebab sebelum menonton MLM sempat juga menonton game JDT vs Pahang dimana JDT mengalami kekalahan pada minit terakhir..SAKIT HATI !

Berbalik kepada kisah MLM tadi, kenapa SHIRO tak jadi juara dan kenapa SEPAHTU yang jadi juara..? Aku bukanlah nak sokong membuta tuli tapi persembahan Sepahtu nowadays tak sehebat mana pun berbanding Shiro dan Bocey..Aku rasa undian memang tak adil..Tapi nak buat macam mana kalau dah ramai yang mengundi bukan sebab persembahan tapi sebab memang peminat dari awal..Tensi kan..

Bercakap pasal adil ni..Memang dunia sekarang ni banyak je perkara yang tak adil..Contoh terdekat adalah kat tempat kerja aku dimana aku yang dilambakkan dengan kerja yang tak pernah habis tu, dapat gaji lebih sikit berbanding sesetengah orang lain yang buat kerja tak seberapa..Kadang-kadang aku pun merasa hairan adakah majikan aku tak nampak semua tu, atau pura-pura tak nampak atau tak peduli pun..Aku berpendapat bahawa bersikap adil bagi seorang majikan itu adalah WAJIB sebab jika kita berlaku tidak adil, maka kita telah menganiaya orang lain..Bukankah nanti akan dipersoalkan di akhirat..

Haish..malas la aku nak membebel pasal ni..Perkara ni sangat sensitif untuk dibicarakan sebab ia merujuk kepada keikhlasan pula..Kalau kerap sangat tak puas hati dengan apa yang diperoleh, kelak akan merosakkan pahala ibadah yang kita terima pula..Ye la..kerja kan ibadah..Kalau tak ikhlas bagaimana nak dapat pahala dan kebaikan-kebaikan lain yang Allah janjikan..So stop the topic..

Berkenaan JDT dan SHIRO yang tewas malam ini, memang mengecewakan lubuk hatiku..Di saat aku sedang tension dengan kerja-kerja di pejabat, ingatkan dapatlah menenangkan perasaan dengan menonton rancangan yang digemari tapi makin tension pula dibuatnya bila yang disokong tu kalah..haha..Lebih baik bersikap terbuka dan terima apa saja..That all..

Thanks for reading my writing....

No comments:

Post a Comment